Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menurut Duta Khas Syria ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, anggota perisikan asing dan pegawai tentera mereka cuba meninggalkan Aleppo bersama-sama kumpulan militan dan orang awam.
Selepas mesyuarat Majlis Keselamatan PBB pada hari Isnin, Bashar Jaafari memberitahu pemberita:
"Terdapat ramai pegawai asing, pegawai perisikan dan ketenteraan yang berada di timur Aleppo bersama kumpulan-kumpulan pengganas sedang cuba meninggalkan kubu kuat mereka di kawasan timur Aleppo."
Pada hari Jumaat, Kementerian Pertahanan Rusia mengumumkan bahawa Aleppo kini berada di bawah kawalan penuh tentera kerajaan.
19 Disember 2016 - 15:25
News ID: 799331
Menurut Duta Khas Syria ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, anggota perisikan asing dan pegawai tentera mereka cuba meninggalkan Aleppo bersama-sama kumpulan militan dan orang awam.